Thursday 27 December 2012

Untukmu Sahabat



Jangan curi Idea ni please ;__; Jangan copy. please ;__; kbyee.. Sorry kalau typo.

Di sebuah kampung. Terdapat sepasang kawan Amelia dan Faiz. Mereka berkawan sejak kecil hinggalah sekarang. Al kisah- LOL

"Pencuri!" Jerit seorang wanita tua kerana seorang budak lelaki telah meragut dompetnya. Orang-orang kampung mengejar budak lelaki tersebut. Hampir satu kampung mereka tawaf. Budak lelaki tersebut cepat-cepat bersembunyi di dalam sebuah tong yang berdekatan.

"Pak ucop! Si budak Faiz tu dah hilang." ujar salah seorang daripada mereka dengan nafas tercungap-cungap.

"Aku yakin dia tak jauh." ujar Pak Ucop si ketua kampung. 

Orang-orang kampung sedang mencari Faiz di celah-celah tempat tetapi tidak dicari di dalam tong.

"Pak ucop! Si budak Faiz tu tak ada kat sini kut." ujar salah seorang daripada orang kampung tersebut.

"Kalau macam tu kita carik kat sawah." ujar Pak ucop. Orang kampung menurut. Mereka semua pergi dari situ. Setelah mereka semua pergi, Faiz pun keluar daripada tong tersebut.

"Lumayan..." ujar Faiz dengan nada suara yang nakal.

Dia sedang mengira kepingan wang di dalam dompet tersebut. Tiba-tiba dompet tersebut dirampas seseorang.

"Oh... Mencuri lagi eh?" soal Amelia.

"Bagi aku balik!" Faiz cuba merampas semula tetapi gagal.

"Kau ni tak de kerja lain ke? Mencuri je. Cubalah kerja part time ke. Kan berbaloi. Ni mencuri." Bebel Amelia kepada Faiz serupa mak nenek.

"Alah kau ni. Bagi balek!" Faiz meninggikan suara.

"Nah." Amelia menghulurkan sekeping not RM5.

"Takkan lima hengget je kut." Faiz mengembangkan hidung.

"Cukuplah tu. Beli makan minum je." ujar Amelia sambil membetulkan awning tudungnya.

"Eleh. Tak habeh-hebeh betulkan tudung." Faiz merengus.

"Kau ni apesal?" soal Amelia serupa gengstar.

"Dah lah aku nak Chaw dulu." Amelia pun mengangkat kaki.

"Nak pergi mana?" tanya Faiz.

"Pulangkan dompet ni kepada tuannya lah woi." selamba Amelia menjentik dahi Faiz.

"Aduh... Janganlah Amy.. Penat aku main kejar-kejar dengan orang kampung tadi." Faiz merayu.

"Dah tu? Sape suruh?" Amelia pun meninggalkan Faiz sendirian. Malas mahu melayan omelan Faiz.


                                                *****


"Nak Mak Cik. Ampunilah kawan saya tu." Amelia memulangkan dompet Mak cik itu.

"Terima Kasih nak. Baik kamu ni. Tak macam kawan kamu tu." Ujar mak cik itu kepada Amelia. Amelia mengangguk kemudian membetulkan awning tudungnya. Dalam masa yang sama Faiz muncul secara tiba-tiba.

"Betulkan tudung je." ujar Faiz dengan nada tak puas hati.

"Kau pehal bro?" Amelia merengus. Muak dengan  Faiz yang asyik mengulangi ayat yang sama.

"Alahh... Tu pun nak marah." Faiz mula memuncungkan mulutnya sedepa.

"Apelah. Jom aku belanja kau ABC. Amacam?" bulu kening Amelia terjongket-jongket.

"Boleh lah. Sekali cendol." ujar Faiz.

"Pun bolehh.."

                                                *****

Faiz sedang menghirup cendol. Di kampung mereka, cendol Mak Kiah lah yang paling 'aweshume'.

"Kau ni Iz! Pokai lah aku macam ni !" Amelia memuncungkan mulutnya sedepa alah-alah angelina jolie.

"Baru sikit." ujar Faiz sambil menyambut mangkuk cendol. Kemudian dihirup dengan gelojoh.

"Tu mangkuk kelima. " Amelia mengecilkan mata.

"Habis? Baru lima." faiz sambung menghirup.

"ABC kau dah makan tiga mangkuk." Amelia mengecilkan matanya lagi. 

"Hai Faiz." ujar Iffah kemudian duduk di sebelah Faiz. Faiz terhenti menghirup cendol tersebut.

"Hai Iffah." Faiz menarik senyuman segaris. Iffah melepaskan ikatan rambutnya.

"C'mon lah beb. Banyak kutu." ujar Amelia dengan nada yang sedikit kurang ajar.

"What? Sebenarnye you to yang banyak kutu. Tu sebab you pakai tudung." ujar Iffah. Amelia hanya buat tak endah .

"Ape kau ni? Layan awek cun sampai macam tu. Tau lar kau jealous."  Faiz merengus. Dia membela Iffah. Amelia seperti mahu mentenyek-tengek muka Iffah guna durian. Agak lama mereka berborak. Amelia hanya mengetap bibir menahan geram.

"Dah lah. Aku nak 'chaw' dulu." ujar Amelia ringkas.

                   *****

Amelia hanya bersandar disebuah batu yang agak besar. Dia hanya termenung.

"Cakkk!! " muncul Faiz di celah pokok.

"Opocot!!" Amelia melatah.

"Haha. Macam mak nenek. Aku tau kau kat sini.." ujar Faiz.

"Laaa.. Carikk ke?" sindir Amelia. Faiz hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Amy ! Kenapa kau asyik melepak dekat tempat boring ni?" soal Faiz. mata Amelia terkebil-kebil mendengar soalan Faiz.

"Dah nak senja.Jom balik." Amelia pun bangun kemudian membersihkan kesan rumput di seluarnya.

"Okeylah." Faiz menurut.

*******

Kringg~~! Loceng sekolah berbunyi. Itu menandakan Kelas telahpun bermula.

"Alamak aku tak bawak buku Maths!" Faiz merungut. hampir setiap hari dia tidak membawa buku maths.

"Ape ni Iz? Semua benda kau tak bawak."

"Aku nak ponteng! Bhai." Faiz mengemas barangnya. Beg disandang kemudian hilang sekelip mata. Amelia hanya menggeleng.

******


"Amy! Mane Faiz?" soal cikgu Farah dengan nada suara yang meninggi.

"Dah hilang cikgu..." Jawab Amelia selamba.

"Budak ni mesti tak bawak buku lagi." Cikgu farah merengus.

"Cikgu Farah! Faiz! Dia buat hal lagi !"abdullah bersuara dengan nafas tercungap-cungap.

"Kenapa ni?" soal cikgu Farah.

"Ikut saya cikgu." Cikgu Farah menurut. Amelia mengekori mereka dari belakang.

******


Terdapat dua buah kereta polis di depan pagar sekolah. Amelia mula berasa bimbang. Dia melihat Faiz di tahan polis.

"Cik ! Betul! Bukan saya conteng semua ni." Faiz sedang membela diri.

"Kamu sorang je ada kat sini. Masih lagi mahu menafikan?" Ujar polis tersebut.

"Memang ler. Tapi bukan saya." Faiz masih menafikan.

Amelia yakin bukan Faiz yang melakukannya. Sejahat mana pun dia mustahil dia melakukan vandalisma seteruk ni.

"Saya yang buat cik." Amelia bersuara.

"Kamu jangan nak meniupu. " cikgu Farah merengus.

"Cikgu. Saya yang buatlah saya tak tipu." Tipu Amelia.

Polis itu pun membawa Amelia ke dalam kereta polis. Faiz berasa serba-salah.

******


Amelia hanya duduk bersila di dalam penjara. Fikirannya kosong. Dia berasa dia yang ganjil dipenjara tersebut kerana hanya dia yang memakai tudung. Amelia membetulkan awning tudungnya.

"Asyik betulkan tudung je." Faiz tiba-tiba muncul.

"Faiz.. Apa kau nak?" soal Amelia dengan nada yang meninggi.

"Alahh. Sorry lah. Kau okey tak? Sihat?" 

"Sihat. Okey. Peliknye kau melawat aku ni. Ni semua salah kau." Amelia menyalahkan Faiz.

"Alahh. Siapa suruh kau mengaku kau yang buat vandalisma tu?" Faiz memuncungkan mulutnya.

"Sebab aku tau bukan kau yang buat Vandalisma tu. Nanti kesian pulak kau masuk penjara." Kali ini Amelia pula memuncungkan mulutnya.

"Kau ni kenapa baik sangat dengan aku? Ke kau ade fealing dengan aku ni?" bulu kening Faiz terjongket-jongket.

"Kau ni perasan lah. Menyampah!" Amelia menjelir lidah.  Faiz pula mengecilkan mata.

"Dah makan?" soal Faiz.

"Dah. Kenyang." jawab Amelia ringkas. Faiz menyalakan api untuk menghidupkan rokoknya. Cepat-cepat Amelia merampas Lighter nya.

"Ape ni Faiz ! Merokok pulak! Kalau nak merokok sila keluar!" Amelia mengusir Faiz. Faiz menurut.

******


"Baiklah harini kamu dilepaskan. Tapi jangan buat Vandalisma lagi." Polis itu menasihati Amelia. Amelia hanya mengangguk.

"Wah. Amy dah lepas. Cepat aje kau." Faiz menyampuk.

"Memanglah sebab bukan aku yang buat." Amelia menjelir lidah. Faiz mencebik. 

"Jom balik !" Faiz bersuara.

"Ok bosss. " 

*****


"Okeylah Iz. Aku masuk dulu." Amelia pun masuk ke dalam rumahnya. Faiz pula pergi meneruskan perjalanannya.

"Mak. Amy ni.." Amelia sedang bergurau dengan ibunya di dapur.

"Amy.. Hari ni Amy kene pergi hospital." Ibunya bersuara lemah. Amy hanya menunduk.

"Amy.. lupe. Amy bersiap dulu." Pantas Amelia ke biliknya.

*******

Faiz sedang berjalan-jalan. 

"Faiz! Buat pa tu? sorang-sorang nampak." tegur puan Samsiah iaitu penjaga Faiz sejak orang tua Faiz meninggal.

"Makcik. Tak boleh ke sorang-sorang?" soal Faiz.

"Bukan apa. Selalunya dengan Amy.." ujar puan Samsiah sambil menyapu halaman rumah.

"Dia baru aje balik." ujar Faiz ringkas. Kemudian dia terbatuk-batuk tak henti-henti.

"Kenapa ni Faiz? Jom Makcik bawak pergi hospital." Puan samsiah memimpin Faiz.

"Batuk je pun. Tak payahlah sampai bawak pergi hospital." Faiz masih lagi terbatuk-batuk. kemudian batuknya mengeluarkan darah.

"Ya allah. Jom pegi hospital." Puan Samsiah memaksa.

********


Amelia berjalan-jalan sambil memikirkan apa yang dikatakan doktor. Dia seperti tidak mahu hidup di dunia ni. 

"Aku takkan hidup lama." Amelia bercakap sendiri.

"Siapa yang tak hidup lama?" soal puan Samsiah yang tiba-tiba muncul.

"Makcik! Macam mana boleh ade kat sini?" Mata Amelia terkebil-kebil.

"Faiz.. Makcik rasa dia ada masalah.." puan Samsiah bersuara perlahan.

"Kenapa?!" Soal Amelia seperti orang gelabah.

"Dia asyik batuk je. Tadi dia batuk darah."

"Macam mana dia sekarang?" soal Amelia.

"Tak tahulah. Ni tengah tunggu doktorlah ni." ujar puan samsiah. Amelia hanya mengangguk.

"Puan Samsiah?" ujar doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pemeriksaan.

"Ye doktor? Macam mana keadaan dia?" soal puan Samsiah terburu-buru.

"Saya tak boleh nak cakap. Tapi... Jantung Faiz berlubang." ujar doktor itu dengan nada yang agak teregagap. Amelia terpanar. 

"Ya Allah.. Boleh kami jenguk dia?" soal puan Samsiah. Doktor itu mengangguk. Lantas mereka pergi ke dalam wad.

******


"Faiz....." Panggil Amelia panjang.

"Emmmm...." Faiz menyahut panjang..

"Baringlah.. Nanti penat." Ujar puan Samsiah dengan nada yang lemah.

"Tak nak!" Faiz berdegil. Puan Samsiah menunduk.

"Kalaulah Iz diberi peluang kedua. Mesti Iz gunekan sebaiknya. Aku tak nak merokok lagi." Faiz bersuara tiba-tiba. Amelia mengangkat muka. 

"Kalau kau dapat peluang kedua kau takkan sia-siakan?" soal Amelia. Faiz mengangguk.

"Aku yakin kau dapat peluang tu. Semua orang berhak mendapat peluang kedua."  ujar Amelia perlahan. Faiz memandang ke arah Amelia. Dia berasa aneh dengan perangai Amelia hari ini.

"Tapi mustahillah. Aku kan jahat. Siapa pulak yang sanggup dermakan jantung dia untuk aku ni. Orang mesti gembira bila aku tak ada." Ujar Faiz dengan nada yang rendah. Amelia menunduk.

******


Kini sebulan telahpun berlalu. Keadaan Faiz semakin teruk. Batuk aje. 

"Doktor. Ada apa pulak nak jumpa saya ni?" ujar puan Samsiah.

"Saya ada berita baik! Ada orang sukarelawan untuk mendermakan jantung kepada Faiz." ujar doktor tersebut dengan gembira. Puan Samsiah membulatkan mata.

"Betul ke? Alhamdulillah !" Puan Samsiah berasa teramatlah bersyukur.

"Boleh saya tahu siapa yang derma ni?" soal Puan samsiah.

"Tak boleh sebab dia suruh rahsia." ujar doktor itu. Puan Samsiah hanya mengangguk.

******


"Amelia. Makcik ade berita gempak ni! " Ujar Puan Samsiah kepada Amelia. Amelia menarik segaris senyuman.

"Ape?" Dia menyoal.

"Ade orang nak derma jantung untuk Faiz." ujar Puan Samsiah. Senyuman Amelia tiba-tiba sahaja menjadi pudar.

"Lahhh... Kenapa ni Amy?" Soal puan Samsiah kepada Amelia kerana Amelia kelihatan sedih. Sepatutnya Amelia lah yang patut gembira dengan berita ni.

"Tak adelah Makcik! Saya gembira sangat ni!" Tipu Amelia. Puan Samsiah mengangguk.

 ******


"Akhirnya ada orang nak derma jantung kat aku." ujar Faiz dengan nada yang gembira.

"Tahniah lah bro. Untung.." suara Amelia lemah. Dia menelan sesuatu kemudian meneguk segelas air.

"Kau ni mestilah untung. Ape yang kau telan tu?" Soal Faiz. Matanya terkebil-kebil. Amelia terdiam seketika.

"Gula." tipu Amelia.

"Nak sikit... " Faiz menadah tangan.

"Dah habis." Amelia menjelir lidah. Kemudian dia membetulkan awning tudungnya.

"Tak habis-habis betulkan tudung." Faiz mencebik.

"Kau ni memang dah tak ade ayat lain agaknya." ngomel Amelia. 

******



Puan Samsiah terdiam apabila tahu siapa yang menderma jantung kepada Faiz. Bodoh nya dia tidak terfikir siapa yang menderma jantung kepada Faiz. Walaupun siapa yang sanggup menderma jantung kepada Faiz melainkan dia.

Faiz dimasukkan di ruang pembedahan. Keadaan bilik tersebut sangat gelap. Dia ingin melihat siapa yang sanggup menderma jantung kepadanya. Kepalanya ditoleh kekiri. Dia melihat dengan terliti.

Amelia.

*******


"Hamboih Faiz. Taulah dah berjaya sekarang. Dah jadik doktorlah kan." bulu kening puan samsiah tenrjongket-jongket.

"Apa salahnya saya melawat kampung ni sekali sekala?" Faiz memuncungkan mulutnya.

"Terima Kasih lah sebab datang melawat. Ingatkan dah lupa." Puan Samsiah sambung menyapu.

******


Faiz pergi ke tempat yang Amelia selalu lepak. Tempat tersebut tidak pernah berubah . Sama sahaja seperti dulu. Faiz pun bersandar disebuah batu. Batu yang Amelia selalu menyandarkan dirinya. Di melihat batu tersebut. Kelihatan sebuah ukiran.


AMELIA LOVE FAIZ






No comments:

Post a Comment