Thursday 27 December 2012

Snow Love




“Nazri ! Tolong belikan Mama lobak putih dengan sayur kubis?!”

Jerit Puan Maimunah kepada anak tunggalnya itu.

“Ye lahh Ma !” Jerit Nazri kepada ibunya. Nazri pun turun ke bawah. “tapi Ma.... Nazri nak upah?”

“Banyaklah upah kamu! Pergi belikan dulu. Balik nanti Mama bagi upahnya.” Dengus puan Maimunah kepada Nazri.

“Okay boss!!” Nazri menabik kepada ibu kesayangannya itu.

Di kedai runcit,

Nazri sedang membayar barang yang dibeli di kaunter pembayaran. Selepas selesai membayar barang-barang tersebut, dia terlanggar seorang gadis.
“Maaf saya tak sengaja.” Gadis itu bersuara.

Nazri terpanar seketika melihat gadis yang comel itu.

Beberapa minit kemudian,

Pang !!

“kenapa pandang saya macam tu?!” dengus gadis itu.

“Aduh..sebab awak cantik..”Nazri mengaduh.

“ha??” gadis itu mengangkat bulu keningnya seatas yang mungkin.

“Tak de pape lah. Saya Nazri. Nazri Ikhwan. Awak?” Nazri senyum sehabis mungkin kepada gadis itu. Gadis itu hanya senyum segaris.

“Hana Idrina. Panggil Hana.” Jawab Hana.

Sebenarnya dalam hati Hana mengatakan Nazri ni seorang yang kacak. Tetapi dia sedang mangawal dirinya.

“Bye.. Saya pergi dulu.” Hana bersuara selepas 3 minit telah berlalu.

“Byee..” Nazri melambai kepada Hana. Hatinya hari ni penuh dengan bunga cintanya. “Oh my first love” bisiknya di dalam hati.

Di rumah Nazri,

“Nah Mama. Sayur kubis dengan lobak putih. Pasal upah tak payahlah Mama... Naz dah dapat upah yang sangat berharga.” Kata Nazri kepada puan Maimunah.

“Ni ape kes ni? Tiba-tiba tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenape?” Tanya puan Maimunah kepada Nazri.

Nazri terdiam buat seketika.

“Mama... Kenal Hana Idrina?” soal Nazri kepada puan Maimunah.

“Mestilah kenal. Mak dia tu kawan baik mama tau? Kenape? Mane kenal dia?” soal puan Maimunah kepada anaknya pula.

“Mama kenal? Dia tinggal dekat mana?” soal Nazri tanpa menjawab soalan puan Maimunah terlebih dahulu.

“Tinggal dekat mana? Jawab soalan Mama dulu.”

“Jumpe dekat kedailah tadi.” Nazri menjawab dengan senang hati.” So? Dia duduk mana?” soalnya balik semula.

“Kat depan tuuuu...” puan Maimunah menunjukkan jarinya kearah rumah depannya.

Wah!! Nazri bernasib baik kerana cinta pertamanya hanya tinggal di depan rumahnya sahaja.

“Kalau macam tu Naz nak pergi rumah dia.” Nazri cepat pergi ke pintu rumah.

“Naz.. Tunggu dulu.. Apa ni?nak buat apa ni?” soal puan Maimunah kepada Nazri.

“Nak melamarlah.” Nazri menjawab dengan selamba.

“Nak melamar? Baru kenal dah nak melamar? Mana boleh dia belum habis belajar lagilah.” Dengus puan Maimunah kepada Nazri.

“Laaa... Belajar lagi.. Bile nak graduate?” soal Nazri.

“Mak dia kata akhir tahun nanti.” Jawab puan Maimunah dengan penuh keyakinan.

“Lame lagi lah....” Ngomel nazri dengan nada yang agak geram.

“sabar jelah anakku.” Bisik puan Maimunah di dalam hati. Puan Maimunah pun melemparkan sebuah senyuman.

Nazri pun pergi naik di tingkat atas lalu mengunci diri di dalam biliknya keseorangan. Ni mesti tengah fikirkan Hana ni... Sampai kunci pintu lagi.

Keesokan paginya,

“Mama... Naz pergi dulu.” Nazri mensalam ibunya sebelum balik ke KL.

“Jaga diri baik-baik ya Naz?” puan Maimunah menasihat anak tunggalnya itu.

“okay Mama..” Nazri pun menaiki kereta viosnya itu. Dia mula memanaskan enjin keretanya. Tiba-tiba dia ternampak Hana keluar dari rumanya . Lantas Nazri ke rumah Hana.

“Hana nak pergi mana?” soal Nazri kepada Hana.

“Nak pergi kampuslah.” Jawab Hana selamba.

 “Nak saya tumpangkan?” Nazri menawarkan Hana untuk menumpangnya.

“Tak apelah encik. Saya dah biasa naik bas.”

“Naik bas? Bas sesaklah. Apa salahnya tumpang saya. Sekali-sekala.” Nazri masih lagi memaksa Hana untuk menumpangnya. Hana terkebil-kebil melihat Nazri. Dia ni menawarkan ke memaksa ni. Bisik Hana di dalam hati.

“kalau macam tu ok lah.” Hana memuncungkan mulutnya. Dia terpaksa menerima tawaran Nazri kerana Nazri mmemaksa dia juga.

Di kampus,

“Terima Kasih Encik Nazri.” Hana membuka pintu kereta.

“Sama-sama. Tak payahlah panggil Encik Nazri. Panggil Naz je.” Ujar Nazri kepada Hana. Hana hanya diam sahaja.

“Okay lah Naz. Hana pergi dulu.” Hana akhirnya bersuara selepas 2 minit telah berlalu.

Pada tepat pukul 2:00,

“Hana!” Jerit Nazri kepada Hana yang baru sahaja keluar dari kelasnya.

“Naz. Buat apa kat sini? Naz tunggu dari tadi ye?” soal Hana kepada Nazri. Nazri hanya senyap sahaja.

“Jomlah. Kita balik.” Nazri menarik tangan Hana. Hana hanya menurut.
Mereka pergi menuju ke kereta Nazri.

“Naz nak bawak Hana pergi mana ni? Naz jangan buat benda bukan-bukan.” Hana mula menunjuk gaya karatenya itu.

“Hana pernah belajar karate ya?” soal Nazri kepada Hana.

Riak muka Hana bertukar menjadi merah setelah mendengar soalan Nazri itu. “Aduhh Malu!” bisiknya di dalam hati.”Ya..” Hana menjawab dengan nada yang perlahan. Malu! Nazri tertawa kecil.

“Hana pernah belajar karate rupanya. Naz pulak pernah wakil daerah pertandingan taekwondo tau?”

Hana mengangguk perlahan. Tak sangka pula Nazri ni pandai taekwondo. Bila tengok muka Nazri ni. Serupa sotong aje. Tapi rupa-rupanya pandai taekwondo. Hana masih mengangguk sendiri.

“Kita nak pergi mana ni Naz?” soal Hana kepada Nazri yang sedang memandu.

“Temankan Naz pergi shopping? Nak beli buah tangan untuk abang.” Selamba Nazri 
meminta tolong Hana untuk menemaninya.

“La.. Shopping pun nak teman? Macam perempuanlah.”

“Hana kan pandai Karate. Tak macam Naz.”  Nazri tersenyum.

Setelah tiba di carefour,

“Kita dah sampai. Jomlah Hana.” Nazri membuka pintu keretanya. Hana pun keluar dari kereta tersebut.

“Alahai. Malaslah...” Belum sempat Hana berkata, Nazri telah menarik tangan Hana.

Di dalam carefour,

“Alahai. Hana. Tak banyak barang yang best lah.” Ngomel Nazri.

“Biaselah tu. Christmas nak dekat.” Hana mengeluh.

“alahhh....”

“Beli je lah ape-ape. Barang Christmas pun boleh lah.” Hana membuat muka comel. Cair Nazri.

“yela..” Nazri cuba mengawal dirinya.

Semasa mereka berdua mentawaf carefour tersebut, seorang jejaka menegur mereka.

“Akak,abang. Tengah bercinta eh? Boleh saya ambil gambar?” soal jejaka tersebut.

“Eh.. Mane....” belum sempat Hana berkata. Nazri tiba-tiba bersuara.

“Bolehh ! No hal. Kan Hana?” soal Nazri kepada Hana. Hana hanya mengangguk malas. Malas hendak bersuara. Bila bersuara je, mesti Nazri potong. Sabar ajelah.

Mereka berdiri di pokok Christmas yang dipenuhi lampu yang lip-lap. Jurukamera tersebut kusyuk mengambil gambar mereka. Kenapalah mesti mereka? Masih banyak lagi orang yang bercinta di luar sana.

Setelah selesai mengambil gambar,

“Nah Kak,Bang. Lawa?” soal jejaka tersebut.

“Lawa! Cantik!” Jawab Nazri dengan penuh bersemangat.

“Akak dengan abang ambiklah ni. Saya bagi free of charge.” Jejaka tersebut menghulurkan kepingan gambar tersebut. Mereka mengambil kepingan gambar tersebut. Bila Hana melihat semula gambar-gambar tersebut. Dia rasa cantik juga gambar tu.

Setiba dirumah,

“okaylah Hana. Terima kasih sebab temankan saya.” Nazri mengucapkan terima kasih kepada Hana.

“Tak pe. Hana Ikhlas.” Ujar Hana kepada Nazri dengan nada yang tulus.

Hana pun pergi ke dalam rumahnya. Nazri pun masuk ke dalam rumahnya. Tiba-tiba dia ditegur oleh puan Maimunah.

“Hamboih Naz. Nak ngurat pun tak payahlah balik sampai lewat malam. “ bulu kening puan maimunah terjongket-jongket.

“Eh mane ade ngurat, Naz memang ikhlas nak hantarkan dia pergi kampus. Dia pun ikhlas nak tolong Naz pilihkan hadiah untuk abang.” Ngomel Nazri kepada puan Maimunah.

“Alahh.. Naz ni. Janganlah serius sangat. Eh? Tak jadik ke nak balik KL?” Soal puan Maimunah kepada Nazri.

“Tak jadiklah malas.” Nazri melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Hmm. Nampak sangat.” Bulu kening puan Maimunah menari-nari.

“Nampak apa? Ouh. Mak jangan fikir bukan-bukan.” Nazri sedang menafikan. Padahal.... Memang ya...

Keesokan harinya,

“Hana! Nak pergi kampus ke?” Soal nazri kepada Hana.

“Hari ni Hana tak de class.”

“Jom pergi jalan-jalan dengan Naz nak?” soal Nazri lagi.Hana hanya mengangguk. 

Di carefour,

“Ape ni Naz? Boringlah. Takde tempat lain dah ke? Takkan setiap hari nak pergi sini?” Ngomel Hana kepada Nazri.

“Alahh.. Naz jarang pergi. Hana yelah. Selalu pergi. Tengok Naz. Duduk KL banyak kerja nak kene buat tau. Ni lah peluang Naz nak shopping-shopping ni. Tak pe Hana. Naz belanja.” Bebel Nazri kepada Hana. Bernanah telinga Hana mendengar bebelan Nazri.

“yelaa..” ujar Hana dengan nada yang lemah.'

5jam kemudian,

“Naz... Penatlah. Kita rehat dulu boleh?” Hana merungut.

“Alah Hana ni. Baru 5Jam. Yelah. Kita singgah burger king dulu.” Ujar Nazri kepada Hana.

“Yeayy !!” Hana melompat. Terserlah kebudak-budakkannya disitu.

Selesai makan,

“Hana dah kenyang?” soal Nazri kepada Hana.

“Kenyang gila Naz. Jomlah kita balik.”

“Laaa.. Malaslah nak balik. Boringlah kat rumah. Jomlah jalan-jalan lagi.” Nazri merayu supaya Hana tidak balik. Dia sengaja mahu berjalan-jalan dengan Hana lagi.

“Hish! Yela! Boleh. Tapi bukan kat Alamanda.” Dengus Hana kepada Nazri.

“Bukan Alamanda? Dah tu? Kat mane lagi?”

“Ikut je lah!.” Hana menarik tangan Nazri.

                                                   *****
“Hana... Nak pergi mana ni?” Tanya Nazri kepada Hana.

“Tunggu je la” Hana masih lagi menutup mata Nazri dan membawanya ke destinasi.

“Taraaaa!!” Hana melepaskan tangannya. Nazri mula membuka matanya.

“Wah ! Hana! Cantiknya permandangan tempat ni.” Nazri bercakap seperti orang jakun.

“Alahh. Naz ni. Takkan tak pernah pergi tempat macam ni..” Hana memuncungkan mulutnya. Nazri menarik senyuman.

“Tak sangka putrajaya ni besar jugak.” Nazri bersila di atas rumput. Begitu juga Hana.
“Besar ke?” soal Hana kepada Nazri tanpa memandang Nazri.

“Ya.” Dia memandang ke arah Hana. Dalam masa yang sama Hana juga memandang ke arah Nazri. Dan mereka eye-to-eye. Lantas Hana memandang ke arah permandangan tersebut.

“Kenapa ni?” soal Nazri.

“Tak ada apa-apa.” Hana gelabah.

“Hana ni peliklah.” Nazri tertawa melihat terlatah Hana.

“Hana selalu pergi tempat ni ke?” sebuah soalan keluar dari mulut Nazri.Hana mengetap bibir.

“Kalau rasa sedih,gembira,marah. Hana selalu jerit dekat sini.” Ujar Hana.

“Cubalah jerit.”

“Malulah. Naz ada. Kalau sorang-sorang bolehlah.” Hana mencebik.

“Kalau Hana tak nak jerit biar Naz jerit.” Nazri mula berdiri. Hana hanya melihat.

“Saya Cintakan Hana Idrina !!!!” Nazri menjerit. Hana terpanar mendengar ayat Nazri itu. Jantungnya berdegup kencang. Nazri pula baru tersedar apa yang dijeritnya. Dia seperti mahu menampar mulutnya bertubi-tubi.”Argh! Ape aku cakap ni?!” bisik Nazri di dalam hatinya. Mereka seperti batu buat beberapa minit.

“Gurau.” Nazri menarik senyuman. Hana pula berpeluh sejuk. Jantungnya hampir musnah setelah mendengar ayat Nazri yang berbunyi ‘Gurau’ itu.

“Tau.” Hana cuba menarik senyuman walaupun hatinya hancur.

“Nah. Untuk Hana.” Nazri menghulurkan sebuah kotak merah yang berbalut reben kepada Hana.

“Ape ni?” Hana mengambil kotak tersebut.

“Bukaklah.” Nazri menarik senyuman.

Hana membuka kotak tersebut.

“eh? Rantailah! Cantik!”

“Bagi Naz pakaikan.” Nazri mengambil rantai tersebut kemudian memakaikan rantai tersebut kepada Hana. Lagi sekali, jantung Hana berdebar-debar nak pecah.

“Cantiklah.” Hana pura-pura tertumpu kepada rantai tersebut. Sebenarnya dia tertumpu dengan senyuman Nazri.

Pada malam itu,

Hana sedang mendengar lagu Only Tears nyanyian Infinite. Lagu Only Tears merupakan lagu tidurnya. Mustahil dia boleh tidur tanpa mendengar lagu tersebut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk kemudian dibuka.

“Mama. Kenapa ni?” soal Hana kepada mamanya.

“Tadi Hana keluar dengan Nazri ke?” Puan Hamidah melabuhkan punggungnya diatas katil Hana.

“Dia yang suruh temankan.” Jawab Hana sambil membelek majalahnya.

“Alah. Mama tengok Hana macam suka dia je?”

“Apa Mama merepek ni? Hana mana suka dia. Baru kenal 3Hari. Tak logiklah mama.” Ngomel Hana.

“Mama bukan apa. Baik Hana luahkan perasaan Hana kalau Hana suka dia. Nanti dah terlambatkan susah?” Ngomel Puan Hamidah. Hana hanya mendiamkan diri. Kusyuk mendengar lagu Only Tears. Puan Hamidah pun mengangkat punggung kemudian meninggalkan Hana seorang di dalam bilik.

Keesokan harinya,

Hana keluar dari rumahnya. Dia ternampak Nazri berdiri di depan rumahnya.Hana pun menghampiri Nazri.

“Kenapa ni Naz?” soal Hana kepada Nazri.

“Hana nak pergi kampuskan? Biar Naz hantarkan. Walaupun Naz nak balik KL dah ni.”

“La... Nak balik dah ke? Awalnya..” Ngomel Hana. Nazri ketawa kecil mendegar ngomelan Hana.

Di kampus,

 “Bye Hana. Naz nak balik KL ni.” Nazri menarik senyuman segaris.

“Bye...” Hana mengeluh. 

5 hari kemudian,

Hana hanya termenung seketika. Dia asyik memikirkan Nazri. Dia sedar bahawa dia mencintai Nazri tetapi dia selalu menafikan. “Rindunya !!” jerit Hana di dalam hati.Memang mereka selalu menghubungi melalui Facebook,Twitter dan telefon. Tetapi Hana tetap rindukan Nazri. Tingg !! Tiba-tiba Hana mendapat idea.

Keesokan harinya,

Hari ini Hana mahu meluahkan perasaannya kepada Nazri. Dia membalut coklat yang dibuat semalaman sampai tidak tidur malam.

“Ni anak mama nak pergi mana ni pakai lawa-lawa?” ujar puan hamidah.

“Erm. Tak ada apa-apalah. Hana nak pergi jumpa Naz..” Hana sedikit gelabah menyebut nama Nazri itu.

“Nak confess? Baguslah.” Puan Hamidah bersuara tenang.

“Mama ni...”  Hana memuncungkan mulutnya sedepa.

Di pejabat wangsa,

“Eumm. Kak. Encik Nazri ada?” soal Hana kepada kaunter pertanyaan.

“Encik Nazri kena pergi outstation dekat US.” Jawab wanita yang menjaga kaunter tersebut.

“Bila dia pergi?” soal Hana.

“Baru aje.” Lantas Hana pergi dari tempat itu.

At KLIA,

Hana terburu-buru mencari Nazri. Dia seperti tidak mempercayai Nazri mahu ke US.

 Kenapa dia tidak pernah memberitahunya sebelum ni. Hana terlari-lari mencari Nazri.

Pap!!

Hana terjatuh di atas lantai.”Ish siapa pulak yang langgar aku ni?” bisiknya di dalam hati. Apabila dia memandang ke atas.

“Nazri?” Hana bersuara.

“Hana. Buat apa kat sini?” Nazri membantu Hana untuk bangun.

“Sampai hati Naz tak nak bagi tahu Hana sebelum pergi US.” Hana memuncungkan mulutnya sedepa.

“La... Tau ke?” Nazri menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tak apalah. Hana nak cakap something.” Hana berdehem.

“Apa dia?” Nazri sedikit tertanya-tanya.

“Hana.. Hana.. Naz jaga diri elok-elok kat sana.” Hana tersenyum sumbing.

“Ouh. Mestilah.” Nazri mengangguk.

“Nah untuk Naz.” Hana menghulurkan coklat yang dibuatnya semalaman.” Chocolate je. Hana buat sendiri tau?”

“Iye? Mesti sedap.” Nazri mengambil coklat tersebut. Dia menghidu kotak coklat tersebut. 
“ Wanginya. Mesti sedap.”

“Tu bau minyak wangilah Naz..” Hana memuncungkan mulutnya sedepa.

“Ouh. Yeke? Malu. Hehe.” Nazri tersenyum sumbing.

“Hana nak ikut?”

“Mana boleh. Hana kan belum graduate. Jangan sia-siakan apa yang Hana belajar semata-mata untuk Naz.” Nazri menarik segaris senyuman. Hana hanya menunduk. Nazri diam seketika.

“Kalau Hana nak pergi ikut Naz jugak. Tahun depan boleh.”

“Betul ke ni Naz?” Hana menyoal kembali.

“yes.”

“Okaylah Naz jaga diri elok-elok tau?” Hana menasihati Nazri.

“Mestilah... Nazri pergi dulu okay?” Nazri pun meninggal Hana dengan cepat. Dia tidak mahu hatinya bertambah terluka.

Setahun Kemudian,

“Okay Mrs.Hana. Your seat is over there.” Hana menurut kata-kata pramugari itu. Dia pun melabuhkakan punggung di tempat duduknya. Setahun telahpun berlalu. Dia pun tidak yakin bahawa Nazri masih kenal dia ataupun tidak. Baru sepuluh hari kenal. Mustahil Nazri mahu mengingatinya.

Setelah tiba di lapangan terbang US,

Hana berjalan dengan lemah kerana penat. Sudahlah beg berat.

Pap!!!

“Alamak. Siapa pulak yang aku langgar ni?” bisik Hana di dalam hati. Dia melihat muka orang yang dilanggarnya.

“Nazri.” Hana bersuara perlahan.

“Mana awak tau nama saya ni?” Soal Nazri kepada Hana.

“Eh? Naz dah lupa dengan Hana ke?” ujar Hana.

“hana? Tu name awak ke? Mana awak kenal saya ni?” Nazri mengulangi soalan yang sama. Hana hanya mendiamkan diri. Mungkin Nazri telah melupakan dia. Dia hanya menunduk.

“Sorry terlanggar. Saya agak aje nama awak.Saya pergi dulu.” Hana pun pergi dari situ. Nazri menahan.

“Beg awak tu Nampak beratlah. Biar saya hantarkan awak.” Nazri mempelawa Hana. Hana mengangguk perlahan.

Di dalam perjalanan.

“Hmm... Nama awak Hana ye? “ Nazri menyoal. Hana mengangguk.

“Nama saya memang Nazri.” Nazri bersuara lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi.

“Naz. Hotel kat belakang tu. Naz salah jalan ni.” Hana bersuara agak perlahan. Nazri hanya memandu tanpa melayan Hana.
                                                         *****
“Naz.. Nak pergi mana ni? Kenapa tutup mata Hana?”

“Nak bawak Hana dekat tempat best.” Jawab Nazri.Nazri membuka mata Hana setelah sampai di destinasi.

“Taraaa..” Nazri bersuara.

“Cantiknya permandangan.” Hana menarik segaris senyuman.

“10-9-8-7-6-“

Hana memandang kearah Nazri yang sedang mengira. Dia terkebil-kebil.

“4-3-2-1!!” Salji pun mula turun. Hana ternganga melihat Nazri mengira menepati waktu salji turun.

“Jangan ternganga besar sangat nanti masuk lalat”

Hana cepat-cepat menutup mulutnya menggunakan tangan.

“Hana fikir Naz lupa dengan Hana ke?” soal Nazri kepada Hana. Hana terpinga pinga.

“Apelah Hana ni. Naz mane boleh lupa dengan Hana. Hana kan cinta pertama Naz.” Nazri bersuara lagi.

“cinta pertama?” Hana menyoal. Nazri mengangguk.

“Hana. Naz nak bagi tau something.”

“Apa dia?” Hana menyoal lagi.

“I Love You.” Nazri bersuara dengan tenang.

“Naz ni teruklah. Ni kali kedua Naz gurau-gurau main cinta-cinta ni.” Hana mencebik.

“Naz tak tipulah. Ni betul-betul. Hana, would you be my wife?” Nazri menghulurkan cincin.Hana terpanar dengan Nazri. Agak lama dia memikir sama ada mahu terima ataupun menolak.

“yes.” Hana mengangguk dengan perlahan. Seraya itu cekap tangannya mengambil cincin dari tangan Nazri dan selambanya pula menyarung cincin tersebut ke jari manisnya.

“Cantik tak?” Hana mengawang-awangkan jarinya. Nazri mengangguk.
Akhirnya cinta mereka mekar sehingga di akhir hayat LOL



-------- Tamat-----

2 comments: